Wednesday, 15 December 2021

CUCUR NASI


Jom kita try pula resepi cucur nasi 🥰

Bahan-bahan :
3 biji telur
2 senduk nasi
1 sudu teh garam
1 1/2 Sb tepung gandum
Sedikit sayur /daun kucai
Minyak

Cara-cara :

Pecahkan telur dalam mangkuk. Pukul telur bersama garam hingga sebati.

Masukkan nasi kacau sebati.

Masukkan tepung gandum kacau sebati.

Masukkan sayur gaul rata.

Panaskan kuali dengan minyak tak terlalu banyak. Minyak jangan sampai tenggelam cucur.

Sendukkan cucur guna sudu. Leperkan sedikit. Goreng hingga masak.

Selama mencuba!

Wednesday, 3 November 2021

CEKODOK PISANG


Bahan-bahan :

8 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu besar gula
Secubit garam

Cara-cara :
Lenyek pisang sehingga hancur. Masukkan gula dan garam. Kemudian masukkan mentega dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan dikacau rata.

Panaskan minyak dan setelah minyak betul2 panas. Kecilkan api. Masukkan adunan. Boleh guna tangan atau sudu. Goreng dengan api sederhana. 

Setelah masak, dibalik balikkan. Bila bertukar warna keemasan, bolehlah angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba! 

Credit azie kitchen


Sunday, 24 October 2021

RESEPI BINGKA UBI KAYU

Ayah saya suka tanam ubi, kat kebun tu kalau ada ruang kosong je mesti ayah akan selitkan batang ubi. Menjadi pulak tu ubinya gemuk-gemuk takde yang rosak. Ubi ni elok sgt tanam biar ada kalau time darurat ke takde makanan asas lain ubi kayu jadi pengganti. Mak ayah saya suka bingka ubi kayu sebab tu saya belajar masak. Kat sini saya share resepi ya. 

Bahan-bahan :

4 cawan penuh ubi kayu (diparut /sagat) 
2 cawan santan @ 1 cawan santan +1cawan air. 
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Sedikit marjerin untuk gris

Cara-cara :

Masukkan ubi, santan, gula, garam ke dalam besen. Gaul rata. Ketepikan.

Sapu atau gris marjerin atas loyang.

Tuang semua ubi yang dah sebati tadi dalam loyang.

Kemaskan bagi rata.

Panaskan oven suhu 180 darjah celcius.

Masukkan loyang ubi dalam oven. Bakar selama 1 1/2 jam atau lebih ikut kesesuaian suhu oven anda.

Setelah masak keluarkan dari oven sapukan sedikit marjerin atas permukaan bingka ubi.

Biarkan seketika hingga sejuk boleh potong dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 6 October 2021

LOKAN GORENG NANAS

Bahan-bahan:

4 biji bawang putih*
4 biji bawang merah*
4 biji cili kampung*
1 biji nanas (potong kecil) 
1 kg lokan
3 sb Minyak
2 sk Aji
2 sk Garam / sos ikan
1 sb Gula

Cara-cara:

Tumbuk semua bahan bertanda *. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk tumis hingga naik bau.

Masukkan lokan. Kacau sekejap. Masukkan pula aji, kicap cair atau garam, dan gula. Kacau sebati Hingga lokan masak.

Masukkan nanas. Kacau sebati hingga nanas masak. Setelah nanas masak rasa dulu jika masih kurang boleh tambah perasa hingga secukup rasa.

Jika semua dah ok boleh tutup api.

Selamat menjamu selera
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 16 September 2021

CHA LOK LAK



daging potong nipis macam ni

susun salad macam ni

alhamdulillah.sudah siap.

daging 1kg dapat 2 piring. 

DAGING CHA LOK LAK

Bahan-bahan:

1kg daging (hiris nipis)
15 ulas bawang merah (tumbuk)
6 ulas bawang putih (tumbuk)
5 biji cili padi (tumbuk)
Asam jawa (perahan) 
30 biji lada hitam (serbuk)
Minyak
Garam / sos ikan
Gula
Aji

Cara-cara:

Sediakan piring.
Lapisan pertama susun salad atas keseluruhan piring. 

Lapisan kedua susun tomato bahagian atas sahaja.

Lapisan ketiga susun timun atas keseluruhan piring. 

Panaskan minyak.

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

Masukkan daging dan kacau seketika hingga daging separuh masak.

Masukkan
1 sudu kecil aji.
1 sudu besar gula.
2 sudu besar sos ikan @ 1 sudu kecil garam. Kacau seketika. Masukkan serbuk lada hitam. Gaul rata. 
Masukkan pula asam jawa. Teruskan kacau hingga daging masak. 

Biarkan seketika hingga air daging agak kering.

Cuba rasa dulu jika ada kurang bahan perasa boleh tambah.

Tutup api. Tuangkan daging atas piring susunan salad. 

Alhamdulillah, menu kita telah siap. Selamat manjamu selera. 

SELAMAT MENCUBA!

https://www.facebook.com/zinnirahOnline

Friday, 10 September 2021

HUKUM TIUP LILIN PADA KEK HARI LAHIR


HUKUM TIUP LILIN PADA KEK HARI LAHIR

Hukum sambut hari lahir adalah harus dengan syarat masih di dalam garis panduan syariat seperti menjaga pergaulan lelaki dan perempuan.

Yang selalu kita buat tanpa sedar pasal hukum adalah amalan tiup lilin pada kek ulang tahun.

Untuk makluman amalan tiup lilin pada kek ulang tahun adalah DILARANG sama sekali.

Tradisi tiup lilin telah ada sejak zaman Yunani kuno. Dalam sejarah juga disebutkan bahawa menyalakan lilin adalah sebuah cara khusus seseorang untuk membayar seperti barang berharga kepada dewi bulan yang terdapat dalam mitologi Yunani iaitu dewi Artemis.

Pada zaman dahulu, kuih yang diguna haruslah berbentuk bulat agar dapat melambangkan bulan dan lilin yang diletakkan  di atasnya sebagai lambang cahaya bulan. Sebelum orang-orang Yunani Kuno meniup lilin, mereka terlebih dahulu akan berdoa memohon sesuatu hajat yang mereka inginkan.

Manakala asap dari lilin yang melayang di udara pula dianggap sebagai penghantar doa-doa mereka kepada sang dewi. Oleh kerana itu, tradisi tiup lilin tidak hanya dilakukan pada saat ulang tahun, tetapi setiap kali mereka memiliki keinginan.

Disebabkan itu juga tradisi tiup lilin ketika seseorang itu menyambut ulang tahun dengan meniup lilin boleh dikatakan termasuk di dalam aktiviti keagamaan orang-orang Yunani Kuno. Lilin juga dapat diibaratkan sebagai cahaya kehidupan bagi orang-orang yang bukan Islam.

Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu."

[HR. Abu Daawud]

Sebaiknya kita tinggalkan terus amalan tiup lilin ini. 

Sebaliknya dibolehkan jika ingin memberi hadiah kerana beri hadiah adalah perkara disukai RASULULLAH dan boleh membina perasaan saling menyayangi serta merapatkan silaturrahim. 

Jika nak buat majlis makan-makan atau kesyukuran niatkan sebagai ibadah nak jamu sedara mara, kenalan, jiran tetangga. Buat sekadar ikut kemampuan dan jangan berlebihan hingga membazir. 

Niatkan majlis makan-makan itu sebagai sedekah. Berkongsi rezeki itu sangat dituntut dalam Islam.

Didik anak-anak kita sedari kecil sambut hari lahir atau ulang tahun tanpa ada tradisi tiup lilin. Anak-anak akan tiru apa yang orang dewasa buat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Maisarah Isa

Credit:ilmualam.Com

Thursday, 26 August 2021

PUDING KARAMEL

 



Puding karamel

Bahan-bahan:

1 1/2 tin susu cair

1 sudu besar essenvanila

3/4 cawan gula halus

1 cawan gula halus-karamel

6 biji telur


Tuang semua bahan dalam satu periuk. Panaskan atas api dalam 3 minit atau hingga berwap.


Masukkan 1/2 cawan air masak. Panaskan lagi 3 minit. Matikan api.


Masukkan 1 cawan gula dalam kuali non stick atau kuali biasa. Masak dan kacau  dalam api perlahan hingga perang. Jangan sampai hangus.


Tuangkan dalam bekas. Ketepi kan dulu.


Masukkan 4 biji telur dalam bahan puding. Lagi 2 biji telur ambil kuningnya sahaja. Semua 6 biji telur. Whist kan sebati hinggap kembang.


Tuang bahan puding dalam bekas ada karamel. 


Tutup dengan kertas foil aluminium agar tidak masuk air. Tak nak tutup pun boleh.


Masak selama 40 minit. 


Setelah masak, boleh dihidangkan. 

Selamat mencuba!

SOTONG GORENG PHAT PHET (THAI)

 




SOTONG GORENG PHAT PHET (THAI) 


Bahan-bahan :

1 kg sotong (dibersihkan)

1 ikat kacang panjang (dipotong)

2 labu besar bawang merah (dihiris)

5 helai daun limau purut

3 biji cili padi (dihiris)

2 batang serai (dihiris)

3 sudu besar sos ikan 

2 sudu kecil belacan

1 sudu kecil serbuk perasa

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk kunyit

3 sudu besar minyak masak


Bahan tumbuk / kisar :

2 labu besar bawang merah

5 ulas bawang putih


Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Tumis lama sikit bagi pecah minyak.


Masukkan sotong. Masak hingga sotong masak. Biarkan sedikit kering.


Kemudian masukkan lada hitam, serbuk perasa, serbuk kunyit, belacan dan sos ikan. Gaul rata.


Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Gaul rata. Masak 3 minit. Tutup api.


Alhamdulillah, menu kita sudah siap. Selamat menjamu selera.

IKAN MASAK LEMAK PUCUK MANIS


 

Ikan masak lemak pucuk manis


Bahan-bahan :

1 ekor ikan

1 ikat pucuk manis

1 1/2 inci kunyit hidup (kisar) 

1 inci halia (kisar) 

3 ulas bawang merah (kisar)

4 biji cili padi (kisar) 

3 batang serai (ketuk) 

2 keping asam keping

4 cawan santan 


Tumbuk / kisar semua bahan tumbuk. 


Masukkan 2 gelas air dalam periuk. Masukkan semua bahan yang dah ditumbuk. Masak hingga mendidih. 


Masukkan asam keping dan serai. 


Masukkan santan. Masak hingga mendidih. 


Masukkan ikan. Masak dalam 3 minit. Masukkan pula pucuk manis. Masak hingga mendidih lagi sekali sambil kacau perlahan supaya santan tak pecah minyak. 


Alhamdulillah sudah siap. Selamat menjamu selera.


Selamat mencuba!

Sunday, 13 June 2021

Crunchy Nestum / Cornflakes

Pada hari ke 6 PKP LOCKDOWN iaitu bersamaan 6 June 2021 kami mencari2 menu untuk anak2 isi perut. Akhirnya kami jumpa resepi cookies yang sedap ni. Laku sungguh biskut kami keluar dari oven je habis terus. Anak2 dah tunggu nak ngap. Terima kasih pada pemilik asal resepi. Semoga Allah murahkan rezeki tuan /puan.


*Crunchy Nestum / Cornflakes *

🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪

BAHAN-BAHAN :

Bahan A

250 gram mentega 

150 gram gula kastor

1 biji kuning telur 


Bahan B

220 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 sudu teh baking powder 


CARA-CARA :

mix semua bahan A (boleh guna senduk kayu) 

Masukkan bahan B gaul bersama bahan A.

Tambah 2 cawan nestum/ cornflakes yang di ramas kasar. 

boleh tukar guna tangan. 

simpan 30 minit dalam peti ais. 

*penting!!*

selepas keluarkan, sediakan sedikit nestum/cornflakes untuk disalut pada adunan.

Adunan ini lembut, tapi masih boleh dibentuk menggunakan tangan. Bulat kan dan leperkan. 

salut dengan nestum/ cornflakes. 

bakar suhu 160 masa 20-30 minit bergantung pada oven masing2 

Selamat mencuba! 

🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪









Monday, 1 February 2021

7 tips penjagaan tudung

7 tips penjagaan tudung 

Biasa dengar kan pepatah perempuan dan fesyen berpisah tiada. Asalkan ada keluaran terbaru mesti nak grab. Paling kurang pun sehelai jadilah buat koleksi asal ada. Terutamanya tudunglah. Dalam banyak-banyak tudung yang kita buat koleksi tu mesti ada yang jadi favorite. Setiap kali pun, tangan secara automatik ambil tudung tu jer. Yang jadi masalahnya bila kerap pakai tudung tu pun bertukar kusamlah.
.
Macam mana nak jaga tudung favorite kita tu biar nampak macam baru?
.
Untuk selesaikan masalah ini zinnirah bawakan 7 tips mudah penjagaan tudung sentiasa nampak macam baru:

1. *Jangan cuci guna mesin basuh*
Jangan masukkan tudung dalam mesin basuh cuci bersama pakaian lain kerana tudung kan diperbuat dari fabrik lembut sedangkan pakaian harian ada yang diperbuat dari fabrik kasar akan merosakkan fabrik tudung atau menyebabkan tudung berbulu. Jika mahu cuci mesin juga boleh guna beg berjaring.

2. *Jangan sental dengan kuat*
Dah tak boleh cuci guna mesin kena cuci tangan la kan tetapi jangan sental terlalu kuat untuk jaga kualiti tudung dari cepat rosak dan elakkan benang pada fabrik putus. Sebaiknya menyental atau meramas dengan lembut. Jika ada kotoran, boleh guna berus gosok perlahan lahan hingga kotoran hilang.

3. *Hilangkan kesan peluh*
Kan kadang tu ada jenis tudung yang kita dah cuci macam biasa masih juga tak hilang kesan peluh. Selalunya jadi pada jenis fabrik siffon. Lepas ni tak jadi masalah lagi dah ikut je tips ni. Letak je baking soda pada tempat kesan peluh tu guna beras gigi gosok-gosok sikit bagi rata kemudian rendam dalam air suam yang dicampur sabun. Bilas dan sidai.

4. *Gunakan pelembut fabrik*
Selepas menyental tudung bolehlah rendam pula dalam air campuran pelembut fabrik selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih hingga tiada kesan sabun atau pelembut fabrik melekat pada tudung. Sidai macam biasa.

5. *Tidak terdedah dengan cahaya matahari terik*
Sidai tudung di bawah cahaya matahari terik hanya akan menyebabkan tudung cepat rosak warna. Warna tudung jadi pudar. Lebih selamat sidai di tempat redup yang tidak terkena direct cahaya matahari.

6. *Gosok tudung dengan suhu yang sesuai*
Ada pelbagai jenis fabrik tudung kita kena kenal pasti jenis fabrik nak di gosok baru dapat tentukan suhu mengikut jenis fabrik tudung. Seperti tudung fabrik siffon dan silk perlu suhu yang rendah untuk elak terbakar. Jenis fabrik tebal macam cotton dan shawl pashima perlukan suhu yang sesuai. Manakala tudung yang ada batu seeloknya gosok secara terbalik untuk elakkan batu tercabut.

7. *Cara simpan dengan betul*
Banyak cara yang boleh digunakan untuk simpan tudung. Ada yang guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, ada yang lipat dan ada yang guna hinger untuk sangkut. Kelau jenis bawal dan shawl elok lipat je. Jika tudung sarung pula elok gantung bagi awning dia terbentuk elok je elak dari awning patah.
Jangan lupa follow 7 tips ni ya nanti hari-hari lebih bersemangat nak pakai tudung yang cantik dan nampak baru gituuuu.

Jom Like & Follow utk info menarik harian;

▪️Facebook :
Zinnirah

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline

STOP BELI BARANG RAYA LAST MINIT

Saya sebagai seller yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang bisnes online ingin menasihatkan anda semua stop beli barang raya last minit.
.
Kenapa saya cakap macam tu, sebab bila bulan puasa je akan timbul masalah barang jem, siap keluar surat khabar lagi barang menimbun kat transit ofice.

.

Bila beli barang dibulan puasa akan timbul masalah 

✘ seller lambat reply kerana jem di wasap atau messager

✘ lambat dapat tracking kerana seller kena proces sehari beratus atau beribu tracking

✘ hari2 tunggu posmen barang tak sampai2

✘ wasap atau kol seller hanya suruh tunggu sebab seller tak dapat cek dengan pihak courier line busy memanjang

✘ bila dapat cakap dengan operator tetap juga tak dapat track barang kat mana sebab tak masuk sistem

✘ bila barang dah banyak sangat pihak pos tak sempat key in dalam sistem

✘ barang sampai dah dekat tarikh raya kalau 

ada rosak atau tak padan tak sempat return

✘ dan paling mengharukan barang sampai selepas raya ke 3.

.
Terutama di musim pkp macam ni semua orang tak ada pilihan melainkan beli online. Dah rasa PKP 2020 kan macam mana keadaan.
.
Sedihkan. Orang gembira bahagia nak sambut raya, anda pulak stress memanjang fikir barang belum sampai.
.
Pada hari raya pula dok menyumpah seller, rasa tertipu, serik, macam nak buat report polis ada, nak saman pun ya. Yelah raya setahun sekali je kan. Malu pakai tudung lama, paling sedih tak dapat pakai sedondon semua warna hijau macam daun pisang.
.
Sebab tu saya cadangkan order awal. Dah boleh start membeli bermula hari ini. Boleh guna POS LAJU, J&T kalau nak tunggu barang sampai baru bayar pun boleh guna je NINJA VAN.
.
Pos laju ni kalau waktu tak sesak biasanya 1-3 hari tu sampai dah in sha ALLAH.
.
Tak payah susah cari merata lagi order je dengan ZINNIRAH rezeki anda dapat pulak pakej FREE POS.
.
Buatlah order sekarang letak target nak settle semua sebelum RAMADAN menjelma, bulan puasa nanti nak fokus ibadah je hati pun lapang.

Jom cuci mata tengok catalog:

▪️WhatsApp :
www.wasap.my/+601123510781/catalog

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline

▪️Facebook :

Zinnirah

Mas kahwin nabi Muhammad kepada siti khadijah RM90K?

Mas kahwin nabi Muhammad kepada siti khadijah RM90K?

Nabi kita Muhamad bin Abdullah adalah seorang pemuda yatim piatu yang dikatakan miskin bagaimana mampu memberi mas kahwin kepada pengantinnya sebanyak 20 ekor unta betina. 
20 ekor unta nilainya hari ini bersamaan RM90,000 bahkan mungkin lebih lagi dan ketika itu beliau hanya berusia 25 tahun. Adakah beliau seorang yang miskin? 
.
Jika benar beliau pemuda miskin di kota suci Mekah pada waktu itu bagaimana memperolehi dana untuk sediakan mas kahwin.
.
Malah ketika nafisah bertanya mengapa pada usia ini beliau belum berkahwin? Lalu beliau menjawab, kerana tidak mempunyai wang untuk berkahwin, tidak dapat menyara keluarga lagi.
.
Ini adalah naluri semula jadi untuk mempunyai harta sebagai persediaan barulah rasa kukuh kewangan melayari bahtera rumah tangga.
.
Tidak mustahil untuk nabi kumpul dana mas kahwin sebab nabi adalah seorang yang rajin, sentiasa berusaha dan bekerja sejak dari kecil menjadi pengembala kambing.
.
Masa umur 12 tahun dah mula belajar berniaga ke luar negeri iaitu syam bergurukan bapa saudaranya Abu Talib.
.
Kemudian berniaga kecil kecilan di dalam kota Mekah bermodalkan modal orang dahulu dapat untung bayar terus tanpa tangguh.
.
Pada usia beliau 25 tahun berniaga jual barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Masa ni nabi makin mahir ilmu berniaga dan hasilnya memperoleh untung yang banyak.
.
Sudah tentu dari hasil usaha perniagaan inilah nabi mampu sediakan mas kahwin sebanyak 20 ekor unta betina. 
.
Kerana itulah setelah nabi menjadi Rasul nabi galakkan kita bekerja, berusaha dan berniaga. Kerana 9/10 punca rezeki itu dari berniaga.
.
Malahan dari perniagaan itu bukan hanya mampu penuhi keperluan sendiri bahkan menciptakan peluang kerja untuk orang lain.
Jadi kenapa kita masih tidak mahu ciptakan peluang seperti apa yang disarankan.
.
In sha ALLAH zinnirah menyambut saranan ini agar menjadi umat nabi Muhammad yang kaya dunia akhirat dapat melahirkan ramai jutawan Islam. Aamiin. 

Jom Like & Follow utk info menarik harian;

▪️Facebook :

Zinnirah

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline

Friday, 22 January 2021

TELUR GORENG DADAR SOS TIRAM




Kami dapat resepi ini dari mak mertua saya. Kami terpikat dengan menu telur dadar yang dihidangkan mak mertua. Sejak itu anak saya sentiasa minta masakkan telur dadar sos tiram yang sama macam nenek setiap kali waktu makan. 

Bahan-bahan
3 biji telur
2 sudu sos tiram
Sedikit air
2 sudu minyak

Cara-cara
Pecahkan telur, masukkan sos tiram dan air. Kacau sebati. Panaskan kuali. Masukkan minyak. Ratakan minyak. Masukkan telur. Masak selama 2minit. Tutup api. Boleh dihidangkan. 

Selamat mencuba!! 
.
TUDUNG Durrani 2.0 kami anak beranak adalah produk dari ZINNIRAH  sangat selesa pakai masa masak tak rimas.

#zinnirahsharing 
#zinnirahresepi 
#resepitelurdadarsostiram

Jom Like & Follow utk info menarik harian;

▪️WhatsApp :
www.wasap.my/+601123510781/tudungsarungDurrani 

https://DURRANI02.wasap.my

▪️Facebook :
Zinnirah

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline

Tuesday, 19 January 2021

kisah nenek tua dia ward

Baru ni saya teman anak dalam ward sy dapat satu bilik dengan seorang unty cina saya panggilnya nenek. Pada mulanya saya ingat malas nak ambil tahu pasal orang lain di situ, saya nak fokus pada anak je.
.
Tapi saya ni jenis yang tak boleh hidup sendirian dalam dunia saya sahaja. Mata saya sentiasa melilau, telinga saya sentiasa terpasang antenanya. Maka jadilah terpahat beberapa perkara di kepala saya ni kemudian turun ke hati dan menjadi sarang disitu jika saya tidak meluahkan dimuka buku ini.
.
Saya rasa kesianlah pada warga tua jika kena  admid ward. Sekarang kan musim pkp anak2 tak boleh jaga. 100% serahkan pada nurse. Anda faham kan bagaimana jaga orang tua, macam mana karenahnya. Ini hanya kerana mereka telah tua... Sudah tua. Begitu juga budak kerana dia seorang budak maka sikapnya begitu.
.
Kisah nenek ni macam ni, dia sakit pinggang. Sekejap nak duduk, sekejap nak baring, nak ke tandas, nak makan, nak itu nak ini. Dia tekan jelah butang panggil nurse. Nurse datang... Ada kala nurse lambat... Ada kala tak datang2... Bukan salah nurse, mereka sibuk. Lainlah kalau anak sendiri yang jaga kan dah memang tugasnya jaga seorang ibu itu sahaja dan duduknya kat depan ibu je 24 jam.
.
Nenek pun kata saya nak baliklah kalau macam ini kat rumah ada anak jaga. Anak saya 7 orang semuanya. Nenek bebel sorang2. Selalu juga anak dia kol xtaulah borak apa dlm bahasa cina.
.
Nenek tekan butang panggil nurse x datang2 hinggakan nenek igt butang rosak. Saya rasa kesian saya pun pergilah dekat nenek. Rupanya nenek nak beyak. Nurse dah pakaikan pampers tapi nenek tak nak juga beyak dalam pampers tak selesa katanya. Dia xboleh, tak keluar katanya.
.
Dengan berat hati sya pun bantu nenek buka pampers tiba2 nurse datang. Selepaa nenek yakinkan nurse nenek boleh ke tandas guna tongkat 4 kaki nurse pun izinkan. Nurse teman hingga nenek siap buang hajat.
.
 Nenek kembali ke katil nurse dah pergi. Saya lihat nenek tak lepas nak angkat kaki, saya pergi tolong angkatkan kaki nenek hingga boleh baring. Nenek nak pakai pampers pulak, tak kan panggil nurse lagi kan. Saya ni serba salah nak tolong sebab tak pernah pakaikan pampers org dewasa. Nak tak nak buat jugalah. Masa pakaikan pampers nenek sy terbayangkan mak saya, adakah nanti mak saya akan macam ni juga? Rupanya ini caranya pakaikan pampers untuk orang dewasa.
 .
 Terima kasih ya Allah saya dah tak risau untuk uruskan mak saya nanti. Masa sama saya doakan mak saya sentiasa sihat, tak sanggup lihat dia sakit. Anak saya ngekek2 gelak sambil tutup mulut nampak nenek pakai pampers. Masa nenek sebut nak beyak pun dia gelak dah sambil kata eeei apeyah nenek ni 😅
.
Kemudian saya nampak nenek tak selesa tangan asik pegang baju kat dada. Saya pergi tanya kenapa nenek? Nenek nak apa lagi? Nenek jawab baju hospital punya ni butangnya dah patah. Saya tak nak dah pergi panggilkan  nurse macam kali yang lepas. Saya pesan pada anak duduk kat katil diam2 ya jangan gerak, berdiri, atau turun katil takut jatuh. Mama pergi ambil baju nenek sekejap.
.
Berlari saya kalau boleh tak nak lepas anak dari pandangan mata, sy masih trauma anak jatuh. Saya bukakan butang baju nenek satu persatu sambil pakaikan baju baru dan butangkan kemas saya ambil kesempatan bertanya serba sedikit. Nenek umur berapa? Jawab nenek 67 tahun. Oh tua sikit je dari mak saya, mak saya 63 tahun. Sepanjang bersama nenek saya hanya nampak mak saya yang tercinta dan diri saya sendiri bila dah tua nanti ada ditempat nenek. Waktu bukakan baju nenek saya nampak pinggang nenek ditampal plaster kesan lepas bedah. Kesian nenek.
.
Sejak saya di situ alhamdulillah dapat juga serba sedikit meringankan nenek. Dah tak kerap panggil nurse lagi dah. Part yang kelakar saya nampak nenek nak turunkan kaki saya pergi tolong turunkan kaki nenek kemudian saya gosok2 kaki nenek, saya ingatkan nenek nak gosok rupanya nak kasut 😂😂😂 nenek nak pergi tandas 🤣🤣🤣 ada certain perkataan yang saya tak faham nenek cakap apa.
.
Waktu anak saya dapat discharge saya happy pada masa saya risaukan nenek. Nenek kena stay 2 hari lagi. Macam manalah keadaan nenek 😭 sempat saya pesan nenek hati2 ya, jaga pinggang 😭.
.
Saya harap xde lagi warga tua yang kena admid ward di musim pkp ni. Ini pengalaman untuk kita semua juga bukan untuk saya sahaja. Melalui saya untuk disampaikan pada semua. Jika bukan musim pkp pun ambillah peluang jaga ibu bapa kita di ward, bergilirlah antara adik beradik jika boleh. Kesian orang tua kita ini saatnya mereka tidak mampu uruskan sendiri. Mungkin akan datang kita pula kan. Kita mudahkan orang tua kita, kelak anak2 kita pula mudahkan kita.

#zinnirahsharing
#mystory
#maisarahisa
#kisahnenektuadiward

Jom Like & Follow utk info berguna harian;

▪️Facebook:
Zinnirah

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Page:
www.zinnirah.com

▪️Shopee:
http://Www.shopee.com.my/ZinnirahOnline

Monday, 18 January 2021

SRI KANDI ZINNIRAH : Dialah gadis hiasan duniawi dambaan syurgawi

Zinnirah Al-Rumiyah adalah seorang gadis berketurunan bangsa Rom. Asalnya beliau seorang yang merdeka. Dalam satu peperangan ditempat asalnya di Rom, beliau telah diculik manakala keluarganya dibunuh.
Sejak dari itu status dirinya berubah menjadi hamba tawanan dan dijual disebuah pasar di Mekah. Sejak itu zinnirah sering bertukar tangan dari seorang tuan kepada seorang tuan yang lain sehinggalah dibeli oleh Umar Al-Khattab.
.
Zinnirah menerima cahaya keimanan ketika zaman awal dakwah Rasulullah S. A. W yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Walaupun jasadnya ditambat sebagai hamba namun hatinya bebas mencapai cahaya keimanan melalui mata hatinya.
.
Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.
.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik. Adalah kelaziman  bentuk penderaan yang diterima zinnirah.
.
Kemuncak penderaan adalah apabila matanya dicucuk besi panas. Beliau hilang kedua-dua matanya. Zinnirah mengharungi hidup dengan penuh kegelapan.
.
Semenjak itu zinnirah dicaci kaum musyrikin Mekah. Mereka kata zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan mereka Latta dan Uzza. Zinnirah menjawab dengan teguh, ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
.
Seksaan keatas zinnirah berlanjutan sehingga hampir menemui ajalnya. Dalam rintihan dikeheningan malam zinnirah berbicara kepada tuhannya Allah Azza Wajalla "*ini untuk mu wahai tuhan, aku membeli kesusahan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat*".
.
Setelah kisah penderitaan zinnirah sampai ke pengetahuan Rasulullah S. A. W. baginda arahkan Abu Bakar datang membeli zinnirah. Umar tidak mahu jual. Setelah ditawarkan harga yang tinggi barulah umar setuju untuk jual zinnirah kepada Abu Bakar.
.
Rasulullah. S. A. W berdoa kepada Allah agar menyembuhkan Zinnirah. Akhirnya Allah memberikan karamah atas nilai kesabaran dan keimanan Zinnirah, kedua belah matanya kembali pulih. Mata zahirnya kembali celik manakala mata hatinya bertambah celik dengan kekuatan iman.
.
Inilah gadis yang menjadi hiasan duniawi dambaan syurgawi, matanya menjadi taruhan untuk mendapat cinta Ilahi. Semoga kita dan anak keturunan kita mempunyai nilai iman seteguh Zinnirah Al-Rumiyah.

#zinnirahsharing
#kisahsrikandizinnirah

Sunday, 17 January 2021

Masak lemak putih pucuk manis ubi keledek

Bahan-bahan:
400 gram pucuk manis
300 gram keledek
1 1/2 mangkuk santan
2 biji cili padi
Ikan bilis (tumbuk sebahagian) 
2 gelas air
Garam

Cara-cara:
Bawang merah, bawang putih, cili dan sebahagian ikan bilis ditumbuk. Ketepikan. Pucuk manis dilurutkan daunnya kemudian rendam dalam air garam selama 10minit.
.
Panaskan air. Masukkan bahan tumbuk dan keledek. Masak hingga empuk. Masukkan pucuk manis dan ikan bilis. Nampak pucuk manis dah layu masukkan santan. Jika kuah agak kurang boleh tambah air secukupnya. 
.
Masak hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api. Boleh dihidangkan bersama ikan goreng dan nasi putih.

Selamat mencuba!!
#zinnirahsharing
#zinnirahresepi