HUKUM TIUP LILIN PADA KEK HARI LAHIR
Hukum sambut hari lahir adalah harus dengan syarat masih di dalam garis panduan syariat seperti menjaga pergaulan lelaki dan perempuan.
Yang selalu kita buat tanpa sedar pasal hukum adalah amalan tiup lilin pada kek ulang tahun.
Untuk makluman amalan tiup lilin pada kek ulang tahun adalah DILARANG sama sekali.
Tradisi tiup lilin telah ada sejak zaman Yunani kuno. Dalam sejarah juga disebutkan bahawa menyalakan lilin adalah sebuah cara khusus seseorang untuk membayar seperti barang berharga kepada dewi bulan yang terdapat dalam mitologi Yunani iaitu dewi Artemis.
Pada zaman dahulu, kuih yang diguna haruslah berbentuk bulat agar dapat melambangkan bulan dan lilin yang diletakkan di atasnya sebagai lambang cahaya bulan. Sebelum orang-orang Yunani Kuno meniup lilin, mereka terlebih dahulu akan berdoa memohon sesuatu hajat yang mereka inginkan.
Manakala asap dari lilin yang melayang di udara pula dianggap sebagai penghantar doa-doa mereka kepada sang dewi. Oleh kerana itu, tradisi tiup lilin tidak hanya dilakukan pada saat ulang tahun, tetapi setiap kali mereka memiliki keinginan.
Disebabkan itu juga tradisi tiup lilin ketika seseorang itu menyambut ulang tahun dengan meniup lilin boleh dikatakan termasuk di dalam aktiviti keagamaan orang-orang Yunani Kuno. Lilin juga dapat diibaratkan sebagai cahaya kehidupan bagi orang-orang yang bukan Islam.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu."
[HR. Abu Daawud]
Sebaiknya kita tinggalkan terus amalan tiup lilin ini.
Sebaliknya dibolehkan jika ingin memberi hadiah kerana beri hadiah adalah perkara disukai RASULULLAH dan boleh membina perasaan saling menyayangi serta merapatkan silaturrahim.
Jika nak buat majlis makan-makan atau kesyukuran niatkan sebagai ibadah nak jamu sedara mara, kenalan, jiran tetangga. Buat sekadar ikut kemampuan dan jangan berlebihan hingga membazir.
Niatkan majlis makan-makan itu sebagai sedekah. Berkongsi rezeki itu sangat dituntut dalam Islam.
Didik anak-anak kita sedari kecil sambut hari lahir atau ulang tahun tanpa ada tradisi tiup lilin. Anak-anak akan tiru apa yang orang dewasa buat.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Maisarah Isa
Credit:ilmualam.Com
No comments:
Post a Comment