Zinnirah Al-Rumiyah adalah seorang gadis berketurunan bangsa Rom. Asalnya beliau seorang yang merdeka. Dalam satu peperangan ditempat asalnya di Rom, beliau telah diculik manakala keluarganya dibunuh.
.
Sejak dari itu status dirinya berubah menjadi hamba tawanan dan dijual disebuah pasar di Mekah. Sejak itu zinnirah sering bertukar tangan dari seorang tuan kepada seorang tuan yang lain sehinggalah dibeli oleh Umar Al-Khattab.
.
Zinnirah menerima cahaya keimanan ketika zaman awal dakwah Rasulullah S. A. W yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Walaupun jasadnya ditambat sebagai hamba namun hatinya bebas mencapai cahaya keimanan melalui mata hatinya.
.
Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.
.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik. Adalah kelaziman bentuk penderaan yang diterima zinnirah.
.
Kemuncak penderaan adalah apabila matanya dicucuk besi panas. Beliau hilang kedua-dua matanya. Zinnirah mengharungi hidup dengan penuh kegelapan.
.
Semenjak itu zinnirah dicaci kaum musyrikin Mekah. Mereka kata zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan mereka Latta dan Uzza. Zinnirah menjawab dengan teguh, ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
.
Seksaan keatas zinnirah berlanjutan sehingga hampir menemui ajalnya. Dalam rintihan dikeheningan malam zinnirah berbicara kepada tuhannya Allah Azza Wajalla "*ini untuk mu wahai tuhan, aku membeli kesusahan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat*".
.
Setelah kisah penderitaan zinnirah sampai ke pengetahuan Rasulullah S. A. W. baginda arahkan Abu Bakar datang membeli zinnirah. Umar tidak mahu jual. Setelah ditawarkan harga yang tinggi barulah umar setuju untuk jual zinnirah kepada Abu Bakar.
.
Rasulullah. S. A. W berdoa kepada Allah agar menyembuhkan Zinnirah. Akhirnya Allah memberikan karamah atas nilai kesabaran dan keimanan Zinnirah, kedua belah matanya kembali pulih. Mata zahirnya kembali celik manakala mata hatinya bertambah celik dengan kekuatan iman.
.
Inilah gadis yang menjadi hiasan duniawi dambaan syurgawi, matanya menjadi taruhan untuk mendapat cinta Ilahi. Semoga kita dan anak keturunan kita mempunyai nilai iman seteguh Zinnirah Al-Rumiyah.
#zinnirahsharing
#kisahsrikandizinnirah
No comments:
Post a Comment