Monday, 1 February 2021

7 tips penjagaan tudung

7 tips penjagaan tudung 

Biasa dengar kan pepatah perempuan dan fesyen berpisah tiada. Asalkan ada keluaran terbaru mesti nak grab. Paling kurang pun sehelai jadilah buat koleksi asal ada. Terutamanya tudunglah. Dalam banyak-banyak tudung yang kita buat koleksi tu mesti ada yang jadi favorite. Setiap kali pun, tangan secara automatik ambil tudung tu jer. Yang jadi masalahnya bila kerap pakai tudung tu pun bertukar kusamlah.
.
Macam mana nak jaga tudung favorite kita tu biar nampak macam baru?
.
Untuk selesaikan masalah ini zinnirah bawakan 7 tips mudah penjagaan tudung sentiasa nampak macam baru:

1. *Jangan cuci guna mesin basuh*
Jangan masukkan tudung dalam mesin basuh cuci bersama pakaian lain kerana tudung kan diperbuat dari fabrik lembut sedangkan pakaian harian ada yang diperbuat dari fabrik kasar akan merosakkan fabrik tudung atau menyebabkan tudung berbulu. Jika mahu cuci mesin juga boleh guna beg berjaring.

2. *Jangan sental dengan kuat*
Dah tak boleh cuci guna mesin kena cuci tangan la kan tetapi jangan sental terlalu kuat untuk jaga kualiti tudung dari cepat rosak dan elakkan benang pada fabrik putus. Sebaiknya menyental atau meramas dengan lembut. Jika ada kotoran, boleh guna berus gosok perlahan lahan hingga kotoran hilang.

3. *Hilangkan kesan peluh*
Kan kadang tu ada jenis tudung yang kita dah cuci macam biasa masih juga tak hilang kesan peluh. Selalunya jadi pada jenis fabrik siffon. Lepas ni tak jadi masalah lagi dah ikut je tips ni. Letak je baking soda pada tempat kesan peluh tu guna beras gigi gosok-gosok sikit bagi rata kemudian rendam dalam air suam yang dicampur sabun. Bilas dan sidai.

4. *Gunakan pelembut fabrik*
Selepas menyental tudung bolehlah rendam pula dalam air campuran pelembut fabrik selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih hingga tiada kesan sabun atau pelembut fabrik melekat pada tudung. Sidai macam biasa.

5. *Tidak terdedah dengan cahaya matahari terik*
Sidai tudung di bawah cahaya matahari terik hanya akan menyebabkan tudung cepat rosak warna. Warna tudung jadi pudar. Lebih selamat sidai di tempat redup yang tidak terkena direct cahaya matahari.

6. *Gosok tudung dengan suhu yang sesuai*
Ada pelbagai jenis fabrik tudung kita kena kenal pasti jenis fabrik nak di gosok baru dapat tentukan suhu mengikut jenis fabrik tudung. Seperti tudung fabrik siffon dan silk perlu suhu yang rendah untuk elak terbakar. Jenis fabrik tebal macam cotton dan shawl pashima perlukan suhu yang sesuai. Manakala tudung yang ada batu seeloknya gosok secara terbalik untuk elakkan batu tercabut.

7. *Cara simpan dengan betul*
Banyak cara yang boleh digunakan untuk simpan tudung. Ada yang guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, ada yang lipat dan ada yang guna hinger untuk sangkut. Kelau jenis bawal dan shawl elok lipat je. Jika tudung sarung pula elok gantung bagi awning dia terbentuk elok je elak dari awning patah.
Jangan lupa follow 7 tips ni ya nanti hari-hari lebih bersemangat nak pakai tudung yang cantik dan nampak baru gituuuu.

Jom Like & Follow utk info menarik harian;

▪️Facebook :
Zinnirah

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline

No comments:

Post a Comment