Puding karamel
Bahan-bahan:
1 1/2 tin susu cair
1 sudu besar essenvanila
3/4 cawan gula halus
1 cawan gula halus-karamel
6 biji telur
Tuang semua bahan dalam satu periuk. Panaskan atas api dalam 3 minit atau hingga berwap.
Masukkan 1/2 cawan air masak. Panaskan lagi 3 minit. Matikan api.
Masukkan 1 cawan gula dalam kuali non stick atau kuali biasa. Masak dan kacau dalam api perlahan hingga perang. Jangan sampai hangus.
Tuangkan dalam bekas. Ketepi kan dulu.
Masukkan 4 biji telur dalam bahan puding. Lagi 2 biji telur ambil kuningnya sahaja. Semua 6 biji telur. Whist kan sebati hinggap kembang.
Tuang bahan puding dalam bekas ada karamel.
Tutup dengan kertas foil aluminium agar tidak masuk air. Tak nak tutup pun boleh.
Masak selama 40 minit.
Setelah masak, boleh dihidangkan.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment