Mas kahwin nabi Muhammad kepada siti khadijah RM90K?
Nabi kita Muhamad bin Abdullah adalah seorang pemuda yatim piatu yang dikatakan miskin bagaimana mampu memberi mas kahwin kepada pengantinnya sebanyak 20 ekor unta betina.
.
20 ekor unta nilainya hari ini bersamaan RM90,000 bahkan mungkin lebih lagi dan ketika itu beliau hanya berusia 25 tahun. Adakah beliau seorang yang miskin?
.
Jika benar beliau pemuda miskin di kota suci Mekah pada waktu itu bagaimana memperolehi dana untuk sediakan mas kahwin.
.
Malah ketika nafisah bertanya mengapa pada usia ini beliau belum berkahwin? Lalu beliau menjawab, kerana tidak mempunyai wang untuk berkahwin, tidak dapat menyara keluarga lagi.
.
Ini adalah naluri semula jadi untuk mempunyai harta sebagai persediaan barulah rasa kukuh kewangan melayari bahtera rumah tangga.
.
Tidak mustahil untuk nabi kumpul dana mas kahwin sebab nabi adalah seorang yang rajin, sentiasa berusaha dan bekerja sejak dari kecil menjadi pengembala kambing.
.
Masa umur 12 tahun dah mula belajar berniaga ke luar negeri iaitu syam bergurukan bapa saudaranya Abu Talib.
.
Kemudian berniaga kecil kecilan di dalam kota Mekah bermodalkan modal orang dahulu dapat untung bayar terus tanpa tangguh.
.
Pada usia beliau 25 tahun berniaga jual barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Masa ni nabi makin mahir ilmu berniaga dan hasilnya memperoleh untung yang banyak.
.
Sudah tentu dari hasil usaha perniagaan inilah nabi mampu sediakan mas kahwin sebanyak 20 ekor unta betina.
.
Kerana itulah setelah nabi menjadi Rasul nabi galakkan kita bekerja, berusaha dan berniaga. Kerana 9/10 punca rezeki itu dari berniaga.
.
Malahan dari perniagaan itu bukan hanya mampu penuhi keperluan sendiri bahkan menciptakan peluang kerja untuk orang lain.
.
Jadi kenapa kita masih tidak mahu ciptakan peluang seperti apa yang disarankan.
.
In sha ALLAH zinnirah menyambut saranan ini agar menjadi umat nabi Muhammad yang kaya dunia akhirat dapat melahirkan ramai jutawan Islam. Aamiin.
Jom Like & Follow utk info menarik harian;
▪️Facebook :
Zinnirah
▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/
▪️Website :
www.zinnirah.com
▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline
No comments:
Post a Comment