Ikan ayer / tongkol rebus
susun ikan bersama bahan masak dalam periuk.Ikan ayer ini juga hasil dari adik saya pergi memancing di kemaman. Saya tidak pasti ini hasil dari adik no 2 atau no 3. Yang saya tahu ambil sahaja buat masak itulah pesan mereka pada saya. Cadangan asal saya nak masak gulai disebabkan tidak ada santan saya rebus sahajalah.
Bahan-bahan
Ikan ayer / tongkol
4 ketul asam keping
1 sudu besar garam
Aji sedikit
1 cawan air
Cara-cara
Susun ikan dalam periuk. Masukkan garam. Masukkan asam keping. Masukkan aji. Masukkan air. Tutup periuk. Buka api sederhana. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Jika kering air boleh tambah air. Setelah masak tutup api. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, makan bersama ulam cicah budu.
Selamat mencuba!!
#zinnirahcollection
https://facebook.com/ZinnirahOnline/
No comments:
Post a Comment