Wednesday, 30 September 2020

masakan sayur: ikan tenggiri masak lemak

ikan tenggiri masak lemak

sediakan bahan untuk masak

bahan untuk tumbuk, serai diketuk

tumbuk bawang merah,putih,kunit,lengkuas,cili

masak santan bersama serai dan bahan tumbuk

masak lemak ikan tenggiri siap

ayah saya suka masakan berasaskan masak lemak. yang jadi masalah sebab kami hanya menggunakan santan kelapa ori bukan instant. jadi susah sebab tidak ada orang yang boleh tolong parutkan. saya tak berani nak parut sendiri. boleh je minta tolong orang parutkan cuma saya bukanlah jenis yang suka minta tolong. bila ada peluang adik beradik atau suami parutkan saya akan minta parut sekaligus banyak kelapa untuk disimpan. kelapa dah siap parut boleh simpan dalam peti ais tempat sejuk beku. bungkus kecil-kecil ikut kesesuian kuantiti nak guna. bila nak guna keluarkan nyah beku,guna air panas pun boleh setelah sejuk dan hilang beku boleh perah seperti biasa. 


Bahan-bahan:

ikan tenggiri

2 biji timun

2 biji tomato

1 ulas besar / 3 ulas kecil bawang merah

1 ulas bawang putih

1 ketul kunyit besar ibu jari

5 cm lengkuas

1 biji cili jika kurang pedas boleh tambah

2 batang serai

2 ketul asam keping

1 mangkuk santan

garam

gula

aji


Cara-cara 

potong ikan, timun, tomato. ketepikan. serai di ketuk. tumbuk bawang merah, bawang putih, cili, kunyit,lengkuas. ketepikan. masukkan dalam periuk santan,serai, bahan tumbuk, asam keping, garam,gula,aji. buka api sederhana. kacau hingga mendidih agar tidak pecah minyak. masukkan ikan kacau lagi hingga ikan masak. barulah masukkan sayur kacau sebentar. semasa proses kacau hati2 agar tidak hancur ikan. setelah sayur pun masak tutup api. boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!!

#zinnirahcollection

https://facebook.com/ZinnirahOnline/

masakan sayur: Sup sawi batang bebola ikan

 Sup sawi batang bebola ikan

tumbuk sekali bawang merah, bawang putih, cili.

isi ikan yang ditumbuk

bulatkan doh

bebola ikan telah masak jika terapung

sup sayur sawi bebola ikan telah siap

Bebola ikan ini homemade, adik ipar saya buat sendiri. Kali pertama dia buat bebola ikan ini dengan bantuan tunjuk ajar dari mak saya. Saya tabik pada dia ada keinginan untuk belajar. Saya sendiri belum pernah buat. In sha Allah suatu hari nanti saya nak belajar juga.


Bahan-bahan:

Bebola ikan

Sawi batang 

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

2 biji cili

2 gelas air

Garam

Gula

Aji


Cara-cara:

Tumbuk bersama bawang putih, bawang merah, dan cili. Ketepikan. Tumbuk isi ikan. Masukkan sedikit garam, gula dan aji. Tumbuk lagi bagi sebati. Ambil isi ikan kepalkan bagi jadi bentuk bulat. Tidak terlalu bulat pun boleh. Masukkan 2 gelas air dalam periuk. Masak air hingga mendidih. Masukkan bebola ikan. Biarkan hingga masak. Setelah bebola ikan terapung itu tandanya sudah masak. Masukkan bahan tumbuk. Biarkan dalam 2 minit. Masukkan perasa garam, gula dan aji. Cuba rasa jika sudah cukup rasa baru masukkan sayur. Biarkan masak sekejap dalam 2 minit. Tutup api.

Selamat mencuba!!

#zinnirahcollection

https://facebook.com/ZinnirahOnline/

masakan ikan: ikan haruan laut goreng tepung

 Ikan haruan laut goreng tepung 

isi ikan haruan laut yang telah dilapah nipis

celup isi ikan dalam tepung bestari yang cair

celup tepung kering

goreng dalam minyak panas

ikan haruan yang telah siap dimasak. macam ayam goreng je...sedapnya

Adik saya angah pergi memancing dapat ikan haruan laut besar. Saya tak tahu nama ikan ini, emak saya panggil haruan laut. Saya ikut je. Emak kata ikan ni masak tak sedap. Buat ikan masin jelah katanya. Kebetulan adik yang ke 4 sampai bagitau buat goreng tepung sedap. Kami pun cuba. Memang sedap, isinya manis putih je setelah digoreng, macam makan ikan di restoran mahal pula. Anak2 berebut makan. Untuk masaknya mudah sahaja, yang leceh waktu siang ikan haruan lni kerana size yang besar hampir tak larat saya nak angkat. Dah la size besar, kulit tebal pulak tu. Disebabkan itu sy pesan pada adik tidak usah bawa selalu biar jarang2 tak apa. Supaya tidak jemu proseskannya. Lain kali saya share cara siang ikan haruan laut ini. 


Bahan-bahan

Isi ikan haruan laut

Tepung goreng bestari

Air

Minyak


Cara-cara

Masukkan 2 sudu besar tepung bestari dalam 1 mangkuk. Masukkan sedikit demi sedikit kacau rata. Jaga kecairan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Masukkan 5 sudu tepung bestari dalam pinggan kering. Ambil isi ikan yang telah dihiris lebar dan nipis celupkan dalam tepung cair. Angkat dan salutkan pula dengan tepung kering. Panaskan minyak. Setelah minyak panas kecilkan api. Masukkan ikan dalam minyak. ejas api bersesuaian bagi sederhana. Goreng hingga kekuningan. Setelah ikan masak boleh tutup api. Mudahkan. 

Selamat mencuba!!

#zinnirahcollection

https://facebook.com/ZinnirahOnline/

masakan ikan: ikan ayer / tongkol rebus

 Ikan ayer / tongkol rebus 

susun ikan bersama bahan masak dalam periuk.

ikan rebus telah siap dimasak.

Ikan ayer ini juga hasil dari adik saya pergi memancing di kemaman. Saya tidak pasti ini hasil dari adik no 2 atau no 3. Yang saya tahu ambil sahaja buat masak itulah pesan mereka pada saya. Cadangan asal saya nak masak gulai disebabkan tidak ada santan saya rebus sahajalah. 

Bahan-bahan 

Ikan ayer / tongkol 

4 ketul asam keping

1 sudu besar garam

Aji sedikit 

1 cawan air


Cara-cara 

Susun ikan dalam periuk. Masukkan garam. Masukkan asam keping. Masukkan aji. Masukkan air. Tutup periuk. Buka api sederhana. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Jika kering air boleh tambah air. Setelah masak tutup api. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, makan bersama ulam cicah budu. 


Selamat mencuba!!

#zinnirahcollection

https://facebook.com/ZinnirahOnline/

Thursday, 24 September 2020

jagaan dalam pantang/postnatal care : Air Mandian

 air mandian herba dalam pantang

Alhamdulillah mak saya sendiri yang sediakan air mandian herba dlm pantang. bahan2 pun mudah dapat ada keliling rumah je. serai wangi dan limau purut tanam sendiri. kita sepatutnya mencontohi cara orang tua kita berbudi pada tanah. jangan dibiarkan tanah kosong,tanamlah sesuatu yang bermanfaat. in sha Allah ada gunanya. 

serai wangi


daun limau purut


pokok ni tak tau nama, ambil dari paya bakau berdekatan rumah


bersatu dalam periuk, ahhh wanginya...tengok gambar pun dah dapat bau


bahan-bahan:

serai wangi

limau purut

pokok berduri dari paya bakau seperti dalam gambar

air


cara-cara:

cari tiga bahan tersebut serai wangi, daun limau purut, pokok berduri seperti dalam gambar. pokok berduri tu potong ukuran sejengkal. lebih bagus ambil yang bahagian pangkal. bersihkan ketiga bahan itu. masukkan air dalam periuk, masukkan 3 bahan tersebut. hidupkan api kuat. hingga mendidih. biarkan mendidh lama sikit. tutup api. boleh campurkan air herba ini dengan air sejuk biar suam2. mandi hanya guna air campuran herba sahaja. setelah mandi badan segar dan bau wangi. 

Selamat Mencuba!!

#zinnirahcollection

https://facebook.com/ZinnirahOnline/

masakan sayur: kailan goreng ikan masin

Kailan ikan masin @ brokoli + sawi ikan masin

tumis bahan tumbuk

ikan masin tenggiri

Alhamdulillah siap menu


masa godek2 peti ais cari bahan masak sy nampak ada sayur brokoli dan sawi dah nak buruk. dari dibiarkan buruk eloklah sy keluarkan dan cari idea masak. sy nampak ikan masin maka terlintaslah sayur goreng ikan masin. Menu sebenarnya lebih sesuai kailan goreng dengan ikan tenggiri masin. tapi tak apalah lbh baik dari mmbazirkan baik masuk perut asal dah masak. Maka jadilah brokoli dan sawi goreng ikan masin, sedap juga. 


Bahan-bahan: 

Sayur kailan @brokoli n sawi

3 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

3 biji cili

2 inci ikan tenggiri masin

Gula

Garam

Aji


Cara-cara: 

Tumbuk sekali bawang merah putih dan cili. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk tumis hingga naik bau. Masukkan ikan masin. Kacau. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Masukkan gula, aji. Rasa dulu jika dah ngam masin smua ada rasa xperlu masukkan garam. Jika kurang masin baru masukkan garam. Kacau sebati, biar seketika sayur masak. Tutup api.

Selamat mencuba!!

#zinnirahcollection

https://facebook.com/ZinnirahOnline/

TREI KHOR

Trei khor

trei khor atau hampir sama dengan ikan masak kicap adalah lauk favorite mak saya. tapi mak saya tak suka ikan masak kicap, dia suka ikan masak kicap versi dia sendiri iaitu trei khor. memang sedap lagi2 kalau air tangan mak saya tiada tandingan..fuh. cara makan lauk ni yang idealnya makan bersama ulam ulaman cicah budu/ sambal belacan/ ki bok atau cincalok. terliur pulak hehe. 


lada hitam standby utk tumbuk

bawang merah sy besar so sy masukkan 1 ulas sahaja

kacau gula yang telah perang dan sudah masukkan bahan tumbuk

setelah benar2 perang masukkan air


setelah air mendidih masukkan ikan

Bahan-bahan

6 ekor Ikan kembung 

5 ulas Bawang putih

3 ulas Bawang merah 

15 biji Lada hitam 

3 sudu besar Gula kelapa laut afrika @ gula pasir

2 biji asam keping 

2 1/2 gelas air

1 sk Garam

1/2 sk Aji


cara-cara:

Siang ikan basuh bersih toskan. Tumbuk lada hitam asingkan. Tumbuk bawang putih dan bawang merah. Masukkan gula kelapa laut afrika dlm periuk, hidupkan api sederhana kacau tanpa henti hingga warna perang. Jika guna gula pasir masukkan 3 sudu air barulah hidupkan api. Jaga api jangan smpai hangus. Bila gula nampak perang dan naik bau baru masukkan bahan tumbuk terus kacau tanpa henti. Setelah warna betul2 perang masukkan 2 1/2 gelas air. Masukkan bahan perasa garam dan aji. Masukkan asam keping. Biarkan mendidih. Masukkan ikan. Kuatkan api. Masak dalam 8 minit tutup api.

Selamat mencuba!

Tuesday, 22 September 2020

masakan udang: udang kering

udang kering

sejatkan udang telah dibasuh


udang baru siap rebus toskan


jemur atas zink yang bersih

 

Alhamdulillah mak kita buat udang kering... Udang kering buatan sendiri ni sedap tau kurang masin, masin tu ngam2 je. masa buat udang 11.04.2020 tengah pkp yang bermula pada 18 march 2020 akibat pandemic virus covid 19. kami suami isteri terpisah sementara lama juga dalam 3 bulan. sy dan anak2 dikampung kebetulan kami balik cuti sekolah pada 15 march, 18 march perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa terperangkaplah kami 4 beranak di kampung sementara suami kena bertugas di IPD Putrajaya. sy buatkan udang kering ini khas untuk suami, semoga menikmatinya. terima kasih encik posmen tolong sampaikan makanan ini kepada cinta hati sy. 

Bahan2

Udang putih size kecil 

Garam

Air

Cara cara masak: 

Masak air hingga mendidih, masukkan garam sekadarnya. Rasa dulu jangan terlalu masin jika kurang masin boleh tambah garam lagi. Ejas masin ikut selera anda jika dah ok boleh masukkan udang. Kacau perlahan2 hingga udang betul2 masak. Tutup api. Tuang udang ke dalam penapis, toskan seketika. Kemudian jemur udang di tempat yg panas terik matahari. 

Jangan lupa godek2 udang atas jemuran tu ya supaya kering kedua belah udang (balikkan), ambillah senduk ke apa balik2 kan sekali je.