Thursday, 26 August 2021

PUDING KARAMEL

 



Puding karamel

Bahan-bahan:

1 1/2 tin susu cair

1 sudu besar essenvanila

3/4 cawan gula halus

1 cawan gula halus-karamel

6 biji telur


Tuang semua bahan dalam satu periuk. Panaskan atas api dalam 3 minit atau hingga berwap.


Masukkan 1/2 cawan air masak. Panaskan lagi 3 minit. Matikan api.


Masukkan 1 cawan gula dalam kuali non stick atau kuali biasa. Masak dan kacau  dalam api perlahan hingga perang. Jangan sampai hangus.


Tuangkan dalam bekas. Ketepi kan dulu.


Masukkan 4 biji telur dalam bahan puding. Lagi 2 biji telur ambil kuningnya sahaja. Semua 6 biji telur. Whist kan sebati hinggap kembang.


Tuang bahan puding dalam bekas ada karamel. 


Tutup dengan kertas foil aluminium agar tidak masuk air. Tak nak tutup pun boleh.


Masak selama 40 minit. 


Setelah masak, boleh dihidangkan. 

Selamat mencuba!

SOTONG GORENG PHAT PHET (THAI)

 




SOTONG GORENG PHAT PHET (THAI) 


Bahan-bahan :

1 kg sotong (dibersihkan)

1 ikat kacang panjang (dipotong)

2 labu besar bawang merah (dihiris)

5 helai daun limau purut

3 biji cili padi (dihiris)

2 batang serai (dihiris)

3 sudu besar sos ikan 

2 sudu kecil belacan

1 sudu kecil serbuk perasa

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk kunyit

3 sudu besar minyak masak


Bahan tumbuk / kisar :

2 labu besar bawang merah

5 ulas bawang putih


Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Tumis lama sikit bagi pecah minyak.


Masukkan sotong. Masak hingga sotong masak. Biarkan sedikit kering.


Kemudian masukkan lada hitam, serbuk perasa, serbuk kunyit, belacan dan sos ikan. Gaul rata.


Akhir sekali masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Gaul rata. Masak 3 minit. Tutup api.


Alhamdulillah, menu kita sudah siap. Selamat menjamu selera.

IKAN MASAK LEMAK PUCUK MANIS


 

Ikan masak lemak pucuk manis


Bahan-bahan :

1 ekor ikan

1 ikat pucuk manis

1 1/2 inci kunyit hidup (kisar) 

1 inci halia (kisar) 

3 ulas bawang merah (kisar)

4 biji cili padi (kisar) 

3 batang serai (ketuk) 

2 keping asam keping

4 cawan santan 


Tumbuk / kisar semua bahan tumbuk. 


Masukkan 2 gelas air dalam periuk. Masukkan semua bahan yang dah ditumbuk. Masak hingga mendidih. 


Masukkan asam keping dan serai. 


Masukkan santan. Masak hingga mendidih. 


Masukkan ikan. Masak dalam 3 minit. Masukkan pula pucuk manis. Masak hingga mendidih lagi sekali sambil kacau perlahan supaya santan tak pecah minyak. 


Alhamdulillah sudah siap. Selamat menjamu selera.


Selamat mencuba!