Baru ni saya teman anak dalam ward sy dapat satu bilik dengan seorang unty cina saya panggilnya nenek. Pada mulanya saya ingat malas nak ambil tahu pasal orang lain di situ, saya nak fokus pada anak je.
.
Tapi saya ni jenis yang tak boleh hidup sendirian dalam dunia saya sahaja. Mata saya sentiasa melilau, telinga saya sentiasa terpasang antenanya. Maka jadilah terpahat beberapa perkara di kepala saya ni kemudian turun ke hati dan menjadi sarang disitu jika saya tidak meluahkan dimuka buku ini.
.
Saya rasa kesianlah pada warga tua jika kena admid ward. Sekarang kan musim pkp anak2 tak boleh jaga. 100% serahkan pada nurse. Anda faham kan bagaimana jaga orang tua, macam mana karenahnya. Ini hanya kerana mereka telah tua... Sudah tua. Begitu juga budak kerana dia seorang budak maka sikapnya begitu.
.
Kisah nenek ni macam ni, dia sakit pinggang. Sekejap nak duduk, sekejap nak baring, nak ke tandas, nak makan, nak itu nak ini. Dia tekan jelah butang panggil nurse. Nurse datang... Ada kala nurse lambat... Ada kala tak datang2... Bukan salah nurse, mereka sibuk. Lainlah kalau anak sendiri yang jaga kan dah memang tugasnya jaga seorang ibu itu sahaja dan duduknya kat depan ibu je 24 jam.
.
Nenek pun kata saya nak baliklah kalau macam ini kat rumah ada anak jaga. Anak saya 7 orang semuanya. Nenek bebel sorang2. Selalu juga anak dia kol xtaulah borak apa dlm bahasa cina.
.
Nenek tekan butang panggil nurse x datang2 hinggakan nenek igt butang rosak. Saya rasa kesian saya pun pergilah dekat nenek. Rupanya nenek nak beyak. Nurse dah pakaikan pampers tapi nenek tak nak juga beyak dalam pampers tak selesa katanya. Dia xboleh, tak keluar katanya.
.
Dengan berat hati sya pun bantu nenek buka pampers tiba2 nurse datang. Selepaa nenek yakinkan nurse nenek boleh ke tandas guna tongkat 4 kaki nurse pun izinkan. Nurse teman hingga nenek siap buang hajat.
.
Nenek kembali ke katil nurse dah pergi. Saya lihat nenek tak lepas nak angkat kaki, saya pergi tolong angkatkan kaki nenek hingga boleh baring. Nenek nak pakai pampers pulak, tak kan panggil nurse lagi kan. Saya ni serba salah nak tolong sebab tak pernah pakaikan pampers org dewasa. Nak tak nak buat jugalah. Masa pakaikan pampers nenek sy terbayangkan mak saya, adakah nanti mak saya akan macam ni juga? Rupanya ini caranya pakaikan pampers untuk orang dewasa.
.
Terima kasih ya Allah saya dah tak risau untuk uruskan mak saya nanti. Masa sama saya doakan mak saya sentiasa sihat, tak sanggup lihat dia sakit. Anak saya ngekek2 gelak sambil tutup mulut nampak nenek pakai pampers. Masa nenek sebut nak beyak pun dia gelak dah sambil kata eeei apeyah nenek ni 😅
.
Kemudian saya nampak nenek tak selesa tangan asik pegang baju kat dada. Saya pergi tanya kenapa nenek? Nenek nak apa lagi? Nenek jawab baju hospital punya ni butangnya dah patah. Saya tak nak dah pergi panggilkan nurse macam kali yang lepas. Saya pesan pada anak duduk kat katil diam2 ya jangan gerak, berdiri, atau turun katil takut jatuh. Mama pergi ambil baju nenek sekejap.
.
Berlari saya kalau boleh tak nak lepas anak dari pandangan mata, sy masih trauma anak jatuh. Saya bukakan butang baju nenek satu persatu sambil pakaikan baju baru dan butangkan kemas saya ambil kesempatan bertanya serba sedikit. Nenek umur berapa? Jawab nenek 67 tahun. Oh tua sikit je dari mak saya, mak saya 63 tahun. Sepanjang bersama nenek saya hanya nampak mak saya yang tercinta dan diri saya sendiri bila dah tua nanti ada ditempat nenek. Waktu bukakan baju nenek saya nampak pinggang nenek ditampal plaster kesan lepas bedah. Kesian nenek.
.
Sejak saya di situ alhamdulillah dapat juga serba sedikit meringankan nenek. Dah tak kerap panggil nurse lagi dah. Part yang kelakar saya nampak nenek nak turunkan kaki saya pergi tolong turunkan kaki nenek kemudian saya gosok2 kaki nenek, saya ingatkan nenek nak gosok rupanya nak kasut 😂😂😂 nenek nak pergi tandas 🤣🤣🤣 ada certain perkataan yang saya tak faham nenek cakap apa.
.
Waktu anak saya dapat discharge saya happy pada masa saya risaukan nenek. Nenek kena stay 2 hari lagi. Macam manalah keadaan nenek 😠sempat saya pesan nenek hati2 ya, jaga pinggang ðŸ˜.
.
Saya harap xde lagi warga tua yang kena admid ward di musim pkp ni. Ini pengalaman untuk kita semua juga bukan untuk saya sahaja. Melalui saya untuk disampaikan pada semua. Jika bukan musim pkp pun ambillah peluang jaga ibu bapa kita di ward, bergilirlah antara adik beradik jika boleh. Kesian orang tua kita ini saatnya mereka tidak mampu uruskan sendiri. Mungkin akan datang kita pula kan. Kita mudahkan orang tua kita, kelak anak2 kita pula mudahkan kita.
#zinnirahsharing
#mystory
#maisarahisa
#kisahnenektuadiward
Jom Like & Follow utk info berguna harian;
▪️Facebook:
Zinnirah
▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/
▪️Page:
www.zinnirah.com
▪️Shopee:
http://Www.shopee.com.my/ZinnirahOnline