Friday, 8 November 2019

Masakan daging: mee champa

RESEPI MEE CHAMPA

BAHAN KUAH
1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga cengkih*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

caranya
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita ..

caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..

2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)

3.  Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.  rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 nsegala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..

SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam

caranya
1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ...

AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu

## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi

maaf sebab lambat post resepi ni.. tukang masak biasa campak2 je bahan2 dlm periuk tp nak bagi resepi kat sini kene buat ikut sukatan semoga berpuasahati semua..

Sumber: tahrunnisah jali

Sunday, 1 September 2019

Masakan daging: masak asam pataeel


Daging masak pataeel


           Antara menu favorite saya adalah daging masak masam2, rasanya masam manis mcm tu. Bosan makan menu daging nak rasa kelainan boleh cuba menu petaeel ni.

Bahan2
1/2 kg daging (dipotong hiris nipis)
10 ulas bawang merah (tumbuk)
8 ulas bawang putih (tumbuk)
3 biji cili api (tumbuk)
10 biji lada hitam (tumbuk)
Sebesar ibu jari asam jawa (ramas)
Minyak masak
garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Tomato (belah 4)
10 helai Daun limau purut
4 inci Lengkuas (hiris nipis)
3 batang serai (diketuk)
2 gelas air
Cara cara masak

           Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dalam 2 sudu besar. Tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging, cili api, lada hitam sedikit dahulu. masukkan perasa seperti garam, gula, aji. Gaul2. Masukkan air, air perahan asam jawa, serai,daun limau,lengkuas,tomato. Biarkan mendidih.

           Setelah didih dan daging masak cuba rasa jika ada apa yg kurang boleh tambah seperti tahap kepedasan, atau masam, masin. Jika sudah cukup rasa boleh tutup api dan hidangkan
       
Selamat mencuba !!

Jom cuci mata kat page sy ada mcm2 barang keperluan muslimah seperti tudung,jubah,kurta,stokin dan sarung lengan.
-runcit
                                  -borong
                                  -tema majlis
                                   Klik link                http://ZinnirahCollection.wasap.my

Masakan daging : char lok lak

Char lok lak




           Menu ini adalah salah satu menu  kegemaran adik beradik saya, mak saya selalu masakkan menu ini untuk kami semenjak dari kami kecil. Ada char lok lak makan bertambah2, da hbs nasi pun rasa nak ratah je.

Bahan2
1kg daging (dipotong hiris nipis)
500 gram hati lembu (dipotong hiris nipis)
10 ulas bawang merah (tumbuk)
8 ulas bawang putih (tumbuk)
3 biji cili api (tumbuk)
10 biji lada hitam (tumbuk)
Sebesar ibu jari asam jawa (ramas)
Minyak masak
garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa

Salad
Tomato
Timun


Cara cara masak

            Leraikan salad dari batang, cuci dan toskan. Cuci timun dan tomato toskan. Hiris nipis tomato dan timun. Susun salad keliling pinggan, susun tomato di bahagian hujung pinggan keliling, susun timun di bahagian tidak ada tomato. Ketepikan.

           potong nipis daging dan hati, basuh dan toskan. Tumbuk bawang merah dan putih sekalikan, asingkan ketepi. Tumbuk cili api ketepikan. Tumbuk lada hitam ketepikan. Ambil asam jawa sebesar ibu jari campurkan sedikit air ramas dan ambil airnya, ketepikan. 

           Panaskan minyak masak dlm 4 susu besar.Setelah minyak panas masukkan sebahagian bawang putih dan bawang merah, ketepikan sebahagian lagi. Tumis hingga naik bau baru masukkan daging dan hati. Teruskan gaul sambil masukkan cili api, lada hitam sedikit dulu takut terlalu pedas. masukkan gula, garam dan ajinomoto. Daging dah separuh masak masukkan baki bawang merah dan putih dan air asam jawa. Tumis hingga masak. Rasa jika kurang pedas masukkan cili dan lada hitam ikut citarasa tahap pedas anda. Tutup api.

          Jika nak terus makan boleh la cedok daging ratakan atas pinggan salad. Jika belum nak makan biarkan dulu atas dapur masa nak makan panaskan dulu daging baru cedok dalam pinggan salad. Langkah ini adalah untuk menjaga kesegaran sayur.

Selamat mencuba !!

Jom cuci mata kat page sy ada mcm2 barang keperluan muslimah seperti tudung,jubah,kurta,stokin dan sarung lengan.
-runcit
-borong
-tema majlis
Klik link http://ZinnirahCollection.wasap.my

Pencuci mulut: Kastard mangga

                 Kastard / puding mangga


Ada 2 biji mangga lebihan, suami akk kata buat jelah kastard mangga utk anak2 makan kalau simpan lagi lama rosak nanti mangga tu rugi je. Betul juga idea suami tu so akk pun buatlah kastard mangga.

Bahan2

1 cawan tepung kastard
1 cawan isi mangga (yg telah diblend/ dilenyek)
1 cawan gula
5 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
Sedikit isi mangga (potong dadu)

Cara2 masak:

Blend / lenyek isi mangga dan sukat utk 1 cawan. Masukkan dlm periuk atau kuali. Campurkan semua bahan di atas kecuali mangga potong dadu. Kacau sampai sebati.

Letak kuali atas api sederhana, kacau hingga berkilat. Bila sudah pekat dan berkilat tutup api. Tuang kedalam loyang. Masukkan mangga yang di potong dadu atas puding. Tekan2 sedikit agar mangga tenggelam. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti ais.

Selamat mencuba !!

Jom cuci mata kat page sy ada mcm2 barang keperluan muslimah seperti tudung,jubah,kurta,stokin dan sarung lengan.
-runcit
-borong
-tema majlis
Klik link http://ZinnirahCollection.wasap.my