Monday, 1 February 2021

7 tips penjagaan tudung

7 tips penjagaan tudung 

Biasa dengar kan pepatah perempuan dan fesyen berpisah tiada. Asalkan ada keluaran terbaru mesti nak grab. Paling kurang pun sehelai jadilah buat koleksi asal ada. Terutamanya tudunglah. Dalam banyak-banyak tudung yang kita buat koleksi tu mesti ada yang jadi favorite. Setiap kali pun, tangan secara automatik ambil tudung tu jer. Yang jadi masalahnya bila kerap pakai tudung tu pun bertukar kusamlah.
.
Macam mana nak jaga tudung favorite kita tu biar nampak macam baru?
.
Untuk selesaikan masalah ini zinnirah bawakan 7 tips mudah penjagaan tudung sentiasa nampak macam baru:

1. *Jangan cuci guna mesin basuh*
Jangan masukkan tudung dalam mesin basuh cuci bersama pakaian lain kerana tudung kan diperbuat dari fabrik lembut sedangkan pakaian harian ada yang diperbuat dari fabrik kasar akan merosakkan fabrik tudung atau menyebabkan tudung berbulu. Jika mahu cuci mesin juga boleh guna beg berjaring.

2. *Jangan sental dengan kuat*
Dah tak boleh cuci guna mesin kena cuci tangan la kan tetapi jangan sental terlalu kuat untuk jaga kualiti tudung dari cepat rosak dan elakkan benang pada fabrik putus. Sebaiknya menyental atau meramas dengan lembut. Jika ada kotoran, boleh guna berus gosok perlahan lahan hingga kotoran hilang.

3. *Hilangkan kesan peluh*
Kan kadang tu ada jenis tudung yang kita dah cuci macam biasa masih juga tak hilang kesan peluh. Selalunya jadi pada jenis fabrik siffon. Lepas ni tak jadi masalah lagi dah ikut je tips ni. Letak je baking soda pada tempat kesan peluh tu guna beras gigi gosok-gosok sikit bagi rata kemudian rendam dalam air suam yang dicampur sabun. Bilas dan sidai.

4. *Gunakan pelembut fabrik*
Selepas menyental tudung bolehlah rendam pula dalam air campuran pelembut fabrik selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih hingga tiada kesan sabun atau pelembut fabrik melekat pada tudung. Sidai macam biasa.

5. *Tidak terdedah dengan cahaya matahari terik*
Sidai tudung di bawah cahaya matahari terik hanya akan menyebabkan tudung cepat rosak warna. Warna tudung jadi pudar. Lebih selamat sidai di tempat redup yang tidak terkena direct cahaya matahari.

6. *Gosok tudung dengan suhu yang sesuai*
Ada pelbagai jenis fabrik tudung kita kena kenal pasti jenis fabrik nak di gosok baru dapat tentukan suhu mengikut jenis fabrik tudung. Seperti tudung fabrik siffon dan silk perlu suhu yang rendah untuk elak terbakar. Jenis fabrik tebal macam cotton dan shawl pashima perlukan suhu yang sesuai. Manakala tudung yang ada batu seeloknya gosok secara terbalik untuk elakkan batu tercabut.

7. *Cara simpan dengan betul*
Banyak cara yang boleh digunakan untuk simpan tudung. Ada yang guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, ada yang lipat dan ada yang guna hinger untuk sangkut. Kelau jenis bawal dan shawl elok lipat je. Jika tudung sarung pula elok gantung bagi awning dia terbentuk elok je elak dari awning patah.
Jangan lupa follow 7 tips ni ya nanti hari-hari lebih bersemangat nak pakai tudung yang cantik dan nampak baru gituuuu.

Jom Like & Follow utk info menarik harian;

▪️Facebook :
Zinnirah

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline

STOP BELI BARANG RAYA LAST MINIT

Saya sebagai seller yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang bisnes online ingin menasihatkan anda semua stop beli barang raya last minit.
.
Kenapa saya cakap macam tu, sebab bila bulan puasa je akan timbul masalah barang jem, siap keluar surat khabar lagi barang menimbun kat transit ofice.

.

Bila beli barang dibulan puasa akan timbul masalah 

✘ seller lambat reply kerana jem di wasap atau messager

✘ lambat dapat tracking kerana seller kena proces sehari beratus atau beribu tracking

✘ hari2 tunggu posmen barang tak sampai2

✘ wasap atau kol seller hanya suruh tunggu sebab seller tak dapat cek dengan pihak courier line busy memanjang

✘ bila dapat cakap dengan operator tetap juga tak dapat track barang kat mana sebab tak masuk sistem

✘ bila barang dah banyak sangat pihak pos tak sempat key in dalam sistem

✘ barang sampai dah dekat tarikh raya kalau 

ada rosak atau tak padan tak sempat return

✘ dan paling mengharukan barang sampai selepas raya ke 3.

.
Terutama di musim pkp macam ni semua orang tak ada pilihan melainkan beli online. Dah rasa PKP 2020 kan macam mana keadaan.
.
Sedihkan. Orang gembira bahagia nak sambut raya, anda pulak stress memanjang fikir barang belum sampai.
.
Pada hari raya pula dok menyumpah seller, rasa tertipu, serik, macam nak buat report polis ada, nak saman pun ya. Yelah raya setahun sekali je kan. Malu pakai tudung lama, paling sedih tak dapat pakai sedondon semua warna hijau macam daun pisang.
.
Sebab tu saya cadangkan order awal. Dah boleh start membeli bermula hari ini. Boleh guna POS LAJU, J&T kalau nak tunggu barang sampai baru bayar pun boleh guna je NINJA VAN.
.
Pos laju ni kalau waktu tak sesak biasanya 1-3 hari tu sampai dah in sha ALLAH.
.
Tak payah susah cari merata lagi order je dengan ZINNIRAH rezeki anda dapat pulak pakej FREE POS.
.
Buatlah order sekarang letak target nak settle semua sebelum RAMADAN menjelma, bulan puasa nanti nak fokus ibadah je hati pun lapang.

Jom cuci mata tengok catalog:

▪️WhatsApp :
www.wasap.my/+601123510781/catalog

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline

▪️Facebook :

Zinnirah

Mas kahwin nabi Muhammad kepada siti khadijah RM90K?

Mas kahwin nabi Muhammad kepada siti khadijah RM90K?

Nabi kita Muhamad bin Abdullah adalah seorang pemuda yatim piatu yang dikatakan miskin bagaimana mampu memberi mas kahwin kepada pengantinnya sebanyak 20 ekor unta betina. 
20 ekor unta nilainya hari ini bersamaan RM90,000 bahkan mungkin lebih lagi dan ketika itu beliau hanya berusia 25 tahun. Adakah beliau seorang yang miskin? 
.
Jika benar beliau pemuda miskin di kota suci Mekah pada waktu itu bagaimana memperolehi dana untuk sediakan mas kahwin.
.
Malah ketika nafisah bertanya mengapa pada usia ini beliau belum berkahwin? Lalu beliau menjawab, kerana tidak mempunyai wang untuk berkahwin, tidak dapat menyara keluarga lagi.
.
Ini adalah naluri semula jadi untuk mempunyai harta sebagai persediaan barulah rasa kukuh kewangan melayari bahtera rumah tangga.
.
Tidak mustahil untuk nabi kumpul dana mas kahwin sebab nabi adalah seorang yang rajin, sentiasa berusaha dan bekerja sejak dari kecil menjadi pengembala kambing.
.
Masa umur 12 tahun dah mula belajar berniaga ke luar negeri iaitu syam bergurukan bapa saudaranya Abu Talib.
.
Kemudian berniaga kecil kecilan di dalam kota Mekah bermodalkan modal orang dahulu dapat untung bayar terus tanpa tangguh.
.
Pada usia beliau 25 tahun berniaga jual barang dagangan Siti Khadijah ke negeri Syam. Masa ni nabi makin mahir ilmu berniaga dan hasilnya memperoleh untung yang banyak.
.
Sudah tentu dari hasil usaha perniagaan inilah nabi mampu sediakan mas kahwin sebanyak 20 ekor unta betina. 
.
Kerana itulah setelah nabi menjadi Rasul nabi galakkan kita bekerja, berusaha dan berniaga. Kerana 9/10 punca rezeki itu dari berniaga.
.
Malahan dari perniagaan itu bukan hanya mampu penuhi keperluan sendiri bahkan menciptakan peluang kerja untuk orang lain.
Jadi kenapa kita masih tidak mahu ciptakan peluang seperti apa yang disarankan.
.
In sha ALLAH zinnirah menyambut saranan ini agar menjadi umat nabi Muhammad yang kaya dunia akhirat dapat melahirkan ramai jutawan Islam. Aamiin. 

Jom Like & Follow utk info menarik harian;

▪️Facebook :

Zinnirah

▪️Instagram :
www.instagram.com/zinnirah.collection/

▪️Website :
www.zinnirah.com

▪️Shopee :
https://shopee.com.my/zinnirahonline