Monday, 17 September 2018

Homestay: rose chalet,kg. Taman sedia, tanah rata, cameron highland

Alhamdulillah akhirnya berjaya kami smpai di rose chalet, kg.taman sedia,tanah rata,cameron highland. Di sini adalah sebuah perkampungan melayu, penduduknya rata2 usahakan chalet atau homestay disamping ada kebun stawberi dan sayur. kedai makan pun banyak di sini.

Hampir 2 bulan sblm tarikh trip kami booking utk tarikh check in 09/09/2018 check out 10/09/2018 namun disebabkan bertembung tarikh adik kedua bongsu kami kawen, kami minta tunda tarikh kepada check in 15/09/2018 check out 16/09/2018.

Masa check in jam 3 pm, check out jam 12 pm. Tapi kami lewat smpai sbb bertolak dr pekan da jam 10 pagi kemudian singgah rumah besan mak di raub makan tgahri dan solat situ. Terimakasih byk pkck ismail dan isteri penat melayan kami. Dr raub kg ria semantan melalui sg koyan kami singgah bee farm di ringlet senang je situ akan nmpk signbord besar tulis BEE FARM belok kanan, tp sygnya dah tutup sbb sudah jam 5.30 ptg. Kami keluar blk simpang  truskan jln ke kg taman sedia tanah rata cek in chalet jam 6.00 ptg.

Percutian hanya 1 mlm 2 hari, sgt meletihkan. 1 hari perjalanan dtg, 1 hari perjalanan balik, masa sgt suntuk. Sy cadangkan jika mahu ke sana ambillah 3 hari 2 malam barulah berbaloi percutian anda. Kalau boleh sebelum mula ke tapak lawatan 8 pagi tu check out siap2lah bawa brg trus sbb tkt trafik jem xsempat blk chalet jam 12 tghari.

Rombongan kami 4 buah kereta, semua 7 keluarga terdiri dari 18 dewasa, 7 kanak2 so kami tempah 6 bilik standard rm100/bilik, 1 bilik family rm180/bilik. bilik standard ada 1 katil queen jika x muat tido katil boleh tidur atas lantai muat 2@3 org. Bilik family 2 katil queen boleh muat 8 org.

Jika nk selesa xyah la sumbat ramai2, cukup sekadar dpt tidur atas katil. Setiap bilik ada bilik air. Kipas pun ada. Tv, iron, air mandian suhu panas ada juga. hanya sabun badan disediakan. Ubat gigi, berus gigi bawa sendiri. Tuala boleh minta dari owner chalet. Kami juga bawa selimut tambahan utk ahli keluarga yg kena tidur atas lantai boleh buat alas  dan pakai.

Ini senarai harga bilik yg ada. No fon owner chalet puan rose : 0125838060 *ownernya suami isteri puan rose dan en zul sgt baik, layanan dr staf juga begitu mesra, sgt puas hati. 
Ini gambar bilik family yg sy ambil rm180/bilik. Sy lupa snap pic bilik standard


Kami juga request ruang bbq kena byr rm50 utk sewa ruang bbq. Mmg puas hati pihak chalet sediakan kami ruang bbq yg besar. Ada ruang kecil utk penginap lain. Disebabkan kami ramai kami dpt ruang besar. Utk bbq disediakn arang, penyepit, kipas, dawai besi alas bbq mcm jaring tu juga ada. Kemudahan lain disediakan teh, gula,jug,gelas,cerek,pinggan,sudu,senduk,sabun basuh pinggan.

Kami bawa sendiri periuk nasi, tisu, besen dan raga basuh lauk, pinggan dan gelas kertas sbb kami ramai xcukup nk guna yg chalet punya.

adik no 4 tukang hidupkan api, bab2 ni mmg favorite dia

                   Sesi bbq berlangsung
  Ruang bbq sebelah utk penginap lain kami ambil kesempatan santai2 situ, belakangnya ada sungai
 Ruang bbq yg luas muat kami semua, sgt puas hati. Kami siap boleh panaskan lauk dlm periuk nasi buat sarapan paginya disebabkan hujan lebat berkampunglah kami kt sini*seeloknya gerak awal pagi ke tapak lawatan elak jem sbb tapak lawatan ada bumbung hujan bukan halangan.
 sinki dan kemudahan yg disediakan
Ruang parkir disediakan
 Chalet berdekatan surau
 ada taman permainan tak jauh dr chalet
 Replika buah stawberi depan kedai rose
 Kedai rose chalet

 Suasana kawasan berdekatan rose chalet
 sempat gambar depan pintu bilik

 No fon chalet

Pintu masuk chalet, siang pekerja dan owner ada di kedai depan
 Ada mini kolam ikan, anak2 teruja
 Disediakan ruang iron
 Bakar jagung. Jagung cameron manis2. Jagung mutiara, jagung susu sama manis. Jagung madu no 3 manis

** sangat puas hati menginap disini, in sha allah kami dtg lagi.

Family trip cameron highland: Sangkut jem

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kami sekeluarga bercuti bersama, hajat utk bawa mak ayah ke cameron highland tercapai juga. Rombongan kami 4 biji kereta, 7 buah keluarga iaitu 18 dewasa, 7 kanak2. Pada entri ini sy hanya ingin ceritakan berkenaan tentatif program sebagai rujukan akan dtg. Bagi melancarkan perjalanan sy telah buat tentatif awal2 seperti πŸ‘‡

TENTATIF TRIP ANAK2 TOK E KE CAMERON HIGLAND

*malam kejadian isi minyak,pam tayar siap2...esok pagi trus gerak je*

*standby cash rm600* xyah susah2 g cari atm buang masa

Pekan πŸš— raub πŸš— sg koyan πŸš—ringlet πŸš—tanah rata πŸš—brincangπŸš— kea farm

Bismillahirrahmanirrahim...jgn lupa baca doa, semoga perjalanan musafir kita dipermudahkan ALLAH dan diberkatiNya. Niat bermusafir kerana ALLAH SWT, melihat stiap keindahan ciptaannya dengn πŸ‘€ hati 😜

*15/09/2018(hari pergi)*

10 pagi -🚍bertolak dr pekan➡️kg ria (260km)

1.30 ptg -kg ria semantan
               -cari kedai πŸ›πŸš
               -solat

3.00 ptg -🚍 gerak dari ria➡️ ringlet bee farm (125km)

4.30 ptg -ringlet habu 🐝🐝bee farm

5.30 ptg -🚍gerak dr ringlet habu ➡️ rose chalet taman sedia tanah rata (10km)

6.30 ptg -πŸšπŸ§–πŸ»‍♂cek in rose chalet 
                -solat
                -rehat
                -masak nasi     
                -persediaan bbq
*ada pasar malam sape nak g jalan2 silakan*


*16/09/2018 (hari balik)*

7.30 pagi -🍝 taman sedia

8.00 pagi -🚍 dr taman sedia ➡️ lavender garden (12km)

8.30 pagi -πŸ₯€lavender garden kea farm (dewasa rm10, kanak2 5-12thn rm7)

9.30 pagi -🚍 dr lavender garden ➡️ pasar kea farm (6.1km)

10.00 pagi -🌽πŸ₯¦πŸŒΆπŸ₯•πŸ“pasar kea farm
                   -taman bubble belon     
                    (rm1/seorang)

11.25 pagi -🚍 dr kea farm ➡️ cactus point (600m)

11.30 pagi -🌡cactus point

12.15 tgh -🚍cactus ➡️ taman sedia rose chalet (5.4km)

12.30 tgh -πŸ› taman sedia
                 -πŸŽ’πŸšΆπŸ»‍♀🏚 cek out

2.00ptg -🚍dr chalet ➡ bharat plantation cameron valley tea  house (6.8m)

2.30ptg -🍡 bharat plantation cameron valley tea house

3.30 ptg -πŸš— balik tersang πŸš— sg koyan πŸš— raub πŸš— Pekan

6.00 ptg -jangkaan tiba ria semantan (130km)

9.00 mlm -jangkaan tiba umh pekan (391km)

*boleh plan destinasi next year plak*πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ

Namun, hanya hari pertama tentatif ini dikira berjaya. Hari kedua bagi sy adalah gagal dan juga merupakan sesuatu yg sgt sy sesalkan. Kebetulan ditakdirkan ALLAH pagi tersebut hujan lebat mencurah2 sehingga jam 11 pagi. Kami panaskan semula lauk bbq, masak nasi sarapan di chalet. Jam 11.30 pagi kami bergerak keluar utk ke lavender garden.

Perjalanan dr chalet ke lavender garden sepatutnya hanya 1/2 jam tlh mengambil masa 3 jam sangkut dalam trafik jam. Allahurabbi. Perasaan gembira bercuti telah bertukar jd ntah apa2 da, paling sedih adalah kesian pada org tua, jika sy tahu begini dan trpk bertindak awal sy tidak akan mendaki bukit. Sy akan tukar tentatif kepada ini πŸ‘‡

TENTATIF TRIP ANAK2 TOK E KE CAMERON HIGLAND
*malam kejadian isi minyak,pam tayar siap2...esok pagi trus gerak je*

*standby cash rm600* xyah susah2 g cari atm buang masa

Pekan πŸš— raub πŸš— sg koyan πŸš—ringlet πŸš—tanah rata πŸš—brincangπŸš— kea farm

Bismillahirrahmanirrahim...jgn lupa baca doa, semoga perjalanan musafir kita dipermudahkan ALLAH dan diberkatiNya. Niat bermusafir kerana ALLAH SWT, melihat stiap keindahan ciptaannya dengn πŸ‘€ hati 😜

*15/09/2018(hari pergi)*

10 pagi -🚍bertolak dr pekan➡️kg ria (260km)

1.30 ptg -kg ria semantan
               -cari kedai πŸ›πŸš
               -solat

3.00 ptg -🚍 gerak dari ria➡️ ringlet bee farm (125km)

4.30 ptg -ringlet habu 🐝🐝bee farm

5.30 ptg -🚍gerak dr ringlet habu ➡️ rose chalet taman sedia tanah rata (10km)

6.30 ptg -πŸšπŸ§–πŸ»‍♂cek in rose chalet 
                -solat
                -rehat
                -masak nasi     
                -persediaan bbq
*ada pasar malam sape nak g jalan2 silakan*


*16/09/2018 (hari balik)*

7.30 pagi -🍝 kg.taman sedia,tanah rata
Hujan lebat, kami panaskan lauk,masak nasi sarapan di chalet hingga jam 11 pagi bru check out.
8.00 pagi -🚍 dr taman sedia ➡️ lavender garden (12km)

8.30 pagi -πŸ₯€lavender garden kea farm (dewasa rm10, kanak2 5-12thn rm7)

9.30 pagi -🚍 dr lavender garden ➡️ pasar kea farm (6.1km)

10.00 pagi -🌽πŸ₯¦πŸŒΆπŸ₯•πŸ“pasar kea farm
                   -taman bubble belon      
                    (rm1/seorang)

11.25 pagi -🚍 dr chalet kg.taman sedia➡taman agro mardi (tiket dewasa rm5, kanak2 rm3 kalau x silap)

12.00 tgh - taman agro mardi, tanah rata
                  -lawatan
                  -solat

2.30ptg -🚍tmn agro mardi ➡ bharat plantation cameron valley tea  house

3.00 ptg -🍡 bharat plantation cameron valley tea house

4.00 ptg -πŸš— balik tersang πŸš— sg koyan πŸš— raub πŸš— Pekan

6.00 ptg -jangkaan tiba ria semantan (130km)

9.00 mlm -jangkaan tiba umh pekan (391km)

*boleh plan destinasi next year plak*πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ

Gambar jem teruk di cameron highland, kami hanya sempat melawat cameron lavender dan pasar kea farm itu pun kalut2 sebab hari sudah gelap.


*** pesanan ikhlas dari saya:
- elakkanlah pergi pada hari hujung minggu atau musim cuti sekolah.

- Jika sudah buat persediaan tentatif seperti sy dan jika brlaku perubahan luar jangka seperti hujan yg ganggu  tentatif dan bila nmpk kesesakan lalu lintas tmpt nk tuju tu maka cepat2lah ubah laluan atau tentatif yg lbh baik.

-Atau pun boleh juga msh ikut tentatif gerak awal pagi 8.30 pagi camtu tp mst kena redah hujan, jgn risau tmpt lawatan berbumbung kita xkan basah hujan.

Thursday, 13 September 2018

Masakan : aneka sup

Resepi sup ala khmer

Gambar 1 : goreng bawang tanpa minyak

 Gambar 2 : lengkuas dihiris nipis,serai diketuk, daun limau purut

Gambar 3 : bawang putih yg telah digoreng tanpa minyak

Gambar 4: lada hitam dan cili api yang telah ditumbuk. ketepikan.

Gambar 5: bawang putih yang telah ditumbuk dan ketepikan

Gambar 6: masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk

Bismillahirrahmanirrahim

Disebabkan dah lama teringin makan sup daging/sup tulang air tangan mak sy, hari ini sy simpan resepi di blog ni so nt bila nk buat boleh la rujuk sini je xyah da nk kol2 mak bagai.

Bahan2 (sy agak2 sendiri je)
1.Daging/tulang 2kg
2. Bawang merah besar 6 biji kalau kecik Agak2 la ya
3. Bawang putih 2 labu
4. Serai 4 batang 
5. Lengkuas dalam 5@8cm
6. Daun limau purut 10-15 helai 
7. Lada hitam dlm 20 biji 
8. Cili api ikut citarasa 
9. Kentang
10. Lobak merah
11. Garam
12. Gula
13. Ajinomoto
14. Limau nipis
15. Daun sup

Cara2 masak

Masak air 1 periuk sampai mendidih(agak2 la ikut kesesuaian byk mana daging). Sementara tunggu air didih boleh la basuh daging dahulu dan toskan. Setelah air mendidih masukkan daging/tulang. Biarkan reneh smpai empuk. Kalau ada naik lemak hitam banyak boleh cedok buang lemak2 tu.

Bawang merah potong dadu goreng tanpa minyak smpai naik bau dan layu. Sama juga bawang putih potong dadu goreng tanpa minyak hingga naik bau dan layu.

Lengkuas hiriskan nipis goreng hingga hangus sikit. Daun limau purut pun goreng2 bagi bau. 

Kemudian tumbuk bawang merah,bawang putih dan ketepikan. Tumbuk halia ketepikan. Tumbuk lada hitam ketepikan. Tumbuk cili api ketepikan.

Jika daging sudah empuk boleh masukkan kentang, lobak merah dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk.

Masukkan daun limau purut dan serai yang telah diketuk.

Tambah perasa garam dan gula jika suka aji boleh masukkan sikit aji.

Cuba rasa jika secukup rasa dan kentang sudah lembut, boleh hidangkan.

Waktu hidang boleh perahkan limau nipis dan taburkan daun sup. Selamat mencuba 😊