Pada hari ke 6 PKP LOCKDOWN iaitu bersamaan 6 June 2021 kami mencari2 menu untuk anak2 isi perut. Akhirnya kami jumpa resepi cookies yang sedap ni. Laku sungguh biskut kami keluar dari oven je habis terus. Anak2 dah tunggu nak ngap. Terima kasih pada pemilik asal resepi. Semoga Allah murahkan rezeki tuan /puan.
*Crunchy Nestum / Cornflakes *
🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A
250 gram mentega
150 gram gula kastor
1 biji kuning telur
Bahan B
220 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1 sudu teh baking powder
CARA-CARA :
mix semua bahan A (boleh guna senduk kayu)
Masukkan bahan B gaul bersama bahan A.
Tambah 2 cawan nestum/ cornflakes yang di ramas kasar.
boleh tukar guna tangan.
simpan 30 minit dalam peti ais.
*penting!!*
selepas keluarkan, sediakan sedikit nestum/cornflakes untuk disalut pada adunan.
Adunan ini lembut, tapi masih boleh dibentuk menggunakan tangan. Bulat kan dan leperkan.
salut dengan nestum/ cornflakes.
bakar suhu 160 masa 20-30 minit bergantung pada oven masing2
Selamat mencuba!
🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪